Saturday, November 21, 2009

Oregano Mashroom Soup



Menu : Oregano Mashroom Soup

Resipi ini sangat mudah.Rebus sahaja.Tidak ada penggunaan minyak,petrol mahupun gas beracun :p Sangat sesuai bagi mereka yang sedang on diet.Kalau rasa nak cuba..boleh tgk resipinya di bawah :p Kalau tak sedap,jangan salahkan saya..tapi salahkan tukang masak ok? hahah :p

Bahan-bahan :
6 kpg cendewan putih (koyak-koyakkan cendawan)
4 btg kacang buncis (potong)
1/2 bawah besar (hiris tebal)
6 bebola ayam (potong 2)
secubit kiub ayam +garam (perasa)
1/2 sudu kecil serbuk Oregano
1 gelas air (utk buat sup) *yang ni pandai-pandailah nak guna air byk mana :D

Cara-cara:
Didihkan air dalam kuali/periuk.
Apabila air sudah mendidih,masukkan bebola ayam.Biarkan seketika hingga bebola ayam masak.
Masukkan kacang buncis.Kemudian masukkan cendawan.Kacau.
Masukkan secubit kiub ayam dan garam.Kacau rata.
Akhir sekali,masukkan bawang besar dan serbuk Oregano.Kacau dan biarkan seketika.
Tutup api dan sedia untuk dimakan :p

* Selamat Mencuba *

No comments:

Post a Comment